Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

71  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0961.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam, padahal beliau sedang puasa."

72  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0957.
Dari' Aisyah r.a., katanya: Nabi saw. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa. "

73  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0958.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."

74  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0985.
Dari Abu Sa'id r.a., katanya: Nabi saw. melarang puasa pada hari raya berbuka dan hari raya korban; dan beliau juga melarang orang berselimut sempit, duduk cangkung dengan memakai satu helai kain saja, dan beliau melarang orang pula solat sesudah solat Subuh dan Asar."

75  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0981.
Dari Humaid dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. datang ke rumah Ummu Sulaim, maka dihidangkannya kepada Nabi kurma dan minyak samin. Sabda Nabi saw., "Kembalikanlah saminmu ke mangkoknya dan kurma ke dalam karungnya, kerana aku puasa." Kemudian beliau pergi ke salah satu sudut rumah, lalu beliau solat sunat di sana. Sesudah itu beliau mendoa untuk Ummu Sulaim dan keluarganya. Kata Ummu Sulaim, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai suatu keperluan." Tanya Nabi, "Apakah itu?" Kata Ummu Sulaim, "(Doakanlah) untuk khadim Tuan, Anas." Beliau tiada meninggalkan kebaikan dunia dan akhirat, melainkan mendoa bagi ku dengan kebaikan itu. Doanya: "Ya, Allah! Berilah dia harta dan anak, dan berilah berkat kepadanya. Sesungguhnya saya orang Ansar yang banyak harta. Kata Humaid, "Anaknya Umainah menceritakan, bahawa Anas dikuburkan sesudah digantung ketika Hajjaj datang ke Bashrah, dalam umur kurang lebih seratus dua puluh tahun."

76  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0976.
Dari Abu Juhaifah r.a., katanya: "Nabi saw. mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Pada suatu hari ( Salman datang mengunjungi Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' berpakaian buruk-buruk. Kata Salaman kepadanya, "Bagaimana kabar Anda?" Kata Ummu Darda', "Saudaramu Abu Darda' tidak memerlukan dunia." Sementara itu Abu Darda' datang, lalu ia menyediakan makanan untuk Salman. (Setelah siap, maka disilakan Salman ia makan) katanya, "Makanlah! Saya puasa." Kata Salman, "Saya tidak akan makan sebelum engkau makan." Kerana itu Abu Darda' makan (bersama-sama dengan Salman). Setelah hari malam, ia pergi solat. Kata Salman, "Tidurlah!" Lalu ia tidur. Sesudah itu ia bangun pula untuk solat. Kata Salman, "Tidurlah!" Setelah larut malam, Salman berkata (pula kepadanya), "Bangunlah sekarang!" Lalu kedua-duanya solat. Kemudian Salman mengatakan kepadanya, "Sesungguhnya Tuhan mu ada hak atas diri mu, dan diri mu ada hak atasmu dan keluargamu ada hak atasmu. Kerana itu bayarkanlah kepada masing-masing hak mereka." Sesudah itu ia datang kepada Nabi saw. lalu diceritakannya kepada beliau kisah pertemuannya dengan Abu Darda' itu. Maka sabda Nabi saw., "(Apa yang dikatakan) Salman benar."

77  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0982.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: Janganlah kamu puasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

78  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0972.
Dari 'Ashim bin Umar bin Khaththab r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw. pernah bersabda: "Apabila malam datang dari sini, dan siang berlalu dari sini, sedang matahari terbenam sesungguhnya orang yang puasa berbuka."

79  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0984.
Dan Alqamah r.a., dia pernah bertanya kepada 'Aisyah, katanya: "Pernahkah Rasulullah saw. menentukan sesuatu hari dalam beberapa hari (untuk berpuasa)?" Jawab 'Aisyah, "Tidak! Yang ada, ialah amalan beliau berkekalan. Dan siapakah di antaramu yang sanggup sebagaimana Rasulullah menyanggupinya?"

80  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0969.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya pernah ketinggalan puasa Ramadhan, dan tidak ada kesanggupan saya untuk membayarnya melainkan dalam bulan Syaaban. "